Wednesday, July 8, 2015

salam 

hi semua

aku merupakan pesakit pcos tegar...alhamdulillah penantian selama 10th 
akhirnya aku berjaya hamil secara natural....2 kali.... 
yg pertama gugur ketika kandunganku berusia lebih kurang 10w
maybe disebabkan 
- kerosakan kromosom
- rahim lemah sebab senggugut kuat mcm nak period
- tak jaga pemakanan bedal je makan semua benda terutamanya makanan dan minuman manis


ketika hamil kali ke 2
aku telah merahsiakan pada umum terutamanya di Facebook sehingga 21week
bukan apa saja je merahsiakannya demi perkembangan baby 
pantang org2 lama....jgn kecoh2 dulu so kita ikut je la.... sebb aku kan dah pernah keguguran 
my 1st pregnancy masa feb 2014....

tanggal 23 Sept 2014 kandungan aku dah berusia 21w ++ 
masa nie nak kena masuk TV ada sesi temubual dgn ntv7 rancangan Bella topik "PCOS" 
so dah alang2 masuk tv...masa nie la aku beritahu umum di FB yg aku dah hamil

OK nie aku share pengalaman aku dari mula hingga pregnant kali ke2
aku masih buat low carbs diet hingga selamat bersalin.....

# Doktor tidak pernah sahkan aku mengidap PCOS dulu cuma doktor kata aku ada masalah hormon tidak stabil sebab period aku tidak menentu...tapi aku ada semua
sintom PCOS seperti
• period tidak tetap 3-6 bulan
• hormon tidak stabil
• suka beraktiviti lasak
• jerawat di muka, dada dan belakang badan
• kulit badan, keliling pinggang, payudara lembik mengeleber
• berat mudah bertambah
• nafsu makan tinggi/ cepat lapar
• muntah/loya/mual
• rase sengal di kiri dan kanan ovari
• period datang lambat
• period keluar darah sikit dan singkat
• kadang2 kuar spotting je
• kadang2 kuar berketul2 banyak dah havy
• ade misai/janggut/
• keguguran rambut
• keguguran janin
• angin dalam badan
• mudah lupa
• kulit muka berminyak
• kelumumur/gatal kulit kepala
• mudah mengidap kencing manis (keturunan)

ok SEGALANYA BERMULA DISINI

- 1st period aku masa umur 12thn…
- period pertama hanya setompok darah 1 hari sahaja

- lepas tu tahun depan baru aku period lagi....
- berlarutan sehingga umur 18thn period kadang-kadang 3bulan or paling teruk 6bulan++ tidak datang haid

- lepas sekolah aku mula mendapatkan rawatan
- Hospital KL
• umur 18thn dpt pil hormon makan ubat nie jadi gemuk mendadak
• berhenti makan ubat sebb dah gemok sgt dan selalu sakit
• focus belajar

- Hosiptal Melaka (masa belajar UITM sem ke 4)
• Doktor bekalkan pil perancang (kena ada surat rujukan utk dptkan ubat)
• tak makan ubat, period tak dating 3-6 bulan juga
• period kalau datang berketul2 dan senggugut, loya & kadang-kadang muntah

-Klinik biasa (semasa kerja)
• sintom sama seperti di atas hanya bergantung pada ubat
• berat naik sikit demi sedikit


- Makan pelbagai jenis supplement
- Pernah makan EPO memula period ok...tapi ada sekali tu period xberhenti selama sebulan
  doc sarankan berhenti terus pengambilan EPO.maybe xsesuai... doc beri ubat utk berhentikan darah

-Klinik Pakar Damo Port Klang (selepas berkahwin 5 thn tiada zuriat)
• On clomid utk 4 cycle 2x injection utk pecahkan telur ovum tapi tidak berjaya
hamil
• Berat naik mendadak hingga 80kg
• Doctor nasihatkan turunkan berat dulu dan dtg semula
• Cek up semua normal cuma doctor cakap unbalance hormon

-Buat Diet Atkins (suami isteri diet bersama)
(jumpa diet atkins di facebook diperkenalkan oleh kawan FB)
• Focus utama nak turunkan berat dahalu
• Terjumpa testimoni ramai yg berjaya hamil setelah bertahun2 berkahwin
• Berat turun dari 80kg – 59kg (dalam setahun. Berat Lambat turun disebbakan
maslah hormone yg tidak stabil dan tak buat dgn bersungguh2 diet tu)

Suami turun dr 120kg - 65kg

-Berhenti kerja untuk focus mendapatkan zuriat pada umur 32 thn
-Jumpa ustaz utk rawatan secara islam di shah alam
-Dapatkan urutan tradisional urut kesuburan di Meru Klang

DISAHKAH PREGNANT
- December 2013 pregnant secara natural
• Diet atkins

• senaman
• ambil pil multivitamin Blackmores , Acid Folic, 
• Makan 2 biji telur half cook setiap hari utk sarapan pagi .
• Pergi bercuti ke Thailand utk hilangkan stress
• Kurangkan ambil tugasan jurugambar focus more on TTC

- February 2014 KEGUGURAN semasa 9 minggu antara faktor
• Tidak diet dan makan manis terlampau sgt sebb mengidam kek coklat dan minuman manis
• Sel Kromoson tidak bagus
• Kantung berkembang tapi janin berhenti berkembang dan heartbeat stop on 7 week
• Doktor kesan kantung ada 2 pula (kembar) tunggu lagi 2 minggu
• Tidak melakukan DNC sebb kantung keluar habis dan tiada sisa lain

-March 2014
• Diet atkins semula, pantang sebulan bersama period datang semula selepas sebulan tanpa sebarang ubat

• Amalkan pemakanan sunnah pula
1. Minyak Habbatussauda
2. Susu Kambing
3. Kurma
4. Olive Oil Makan sesudu & guna utk masak
5. Multivitamin
6. Acid Folic
7. Air Zam zam
8. Makan 2 biji telur half cook setiap hari utk sarapan

-March 2014 period spoting 15 hari, 5 hari period biasa 5 hari spoting

-April 2014 tak period, perut kembong p urut makcik urut kata tgh subur

-awal Mei 2014
• Disahkan PREGNANT SEMULA utk kali ke 2
• Terus amalkan diet low carbs (ATKINS FASA 4)
• utk kawal gula dan tidak makan all proses food, drink, junk food & all perisa tambahan
• Tak makan masam2 & all food berangin dan tajam